Thursday, June 26, 2008

Apa kita rasa?

apa rasa aaa bila baca cerita di bawah ni (aku copy dr satu website), walaupun aku taklah baik mana (sbb produk sek sekular kot, alasan...) hal kasut tumit tinggi tu rasanya ramai kita tau tak leh bunyi menarik perhatian, sama gak dgn hukum pakai gelang kaki, apa lagi berloceng yg bunyi kring2 bila hentak kaki, kata ustaz tubuh wanita tu dr ujung rambut sampai ujung kaki adalah aurat, kita cuba lah improve walaupun tak sebaik mana, paling koman pun jgn pertikai bila ditegur:

-------------------
Mashitah selar pengharaman gincu dan tumit tinggi
Oleh NURUL AIN HUSSAIN


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim hari ini menyelar tindakan Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengharamkan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi Isnin lalu.

Menurut Mashitah, tindakan tersebut adalah tidak wajar kerana masih terdapat banyak cara lain yang boleh digunakan untuk mengelakkan berlakunya masalah sosial yang tidak diingini.

“Adalah tidak wajar tindakan MPKB-BRI mengharamkan pemakaian gincu dan tumit tinggi.

“Mereka sepatutnya melaksanakan sistem yang berpandukan ajaran Islam dan bukan mengambil tindakan mendenda untuk menyelesaikan masalah tersebut,” kata Mashitah selepas merasmikan upacara penutup seminar 'Isu-isu semasa Tamadun Ummah peringkat Kebangsaan' di sini hari ini.

Mashitah yang juga bekas ahli Parlimen Baling berkata, Islam sendiri tidak pernah menegah umatnya berpakaian cantik. Jadi, kenapa mereka (MPKB-BRI) perlu menegah wanita bersolek.

“Dalam Islam sendiri turut menyatakan apa yang kita pakai adalah kerana ketakwaan kita kepada Allah.”

Tegasnya, tindakan mendenda dan memaksa ini bukanlah satu cadangan yang sesuai untuk dilaksanakan kerana ia bergantung kepada keadaan pekerjaan wanita itu sendiri.

“Saya rasa tindakan mereka (MPKB-BRI) ini bercanggah dengan status mereka sebagai bandar raya Islam yang sering diperkatakan sebelum ini,” katanya.

No comments: