Monday, June 9, 2008

Kenapa lah drama melayu.......

taulah drama bukanlah apa sgt, tapi kalau dah budak2 selalu tengok tv dan suka tengok sesuatu drama, mesti ada kesannya pada minda dan akhlak mereka... tapi yg sedih dan geramnya, drama melayu terlebih barat daripada org barat sendiri...

digambarkan pasangan yg masih bertunang pun dok serumah, pakaian tok sah cerita lah tak ada ciri pakaian org islam atau sekurang-kurangnya pakaian org timur, kadang lebih baik tengok cerita korea atau jepun.

apa nak jadi, adakah kita hanya pemerhati senyap atau kita ada peranan nak menegur, kerana hasilnya nanti anak-anak kita, anak jiran2 kita, anak2 saudara kita... akan terpengaruh sikit sebanyak.

takutnya memikirkan tentang makin terhakisnya nilai murni dalam masyarakat kita!!!

perlukah kita prihatin dan pening kepala dengan berfikir mencari sebab pasal apa gejala sosial banyak sangat dan kita rimas dengan kes-kes jenayah di sekeliling kita...

2 comments:

cen said...

tu lah peranan media elektronik...untuk membaikkan boleh..untuk memburukkan pun boleh...sbb tu, kena bgi anak2 yg dah blh pikir utk nunton.jgn bagi yg belum berakal nonton...nnt pengaruh buruk cepat dpt. yg dah berakal tupun kener pastikan diorg tau beza baik ngan buruk atau tidak

dizz said...

ha'a yg berakal tu belum tentu ada benteng kuat, ada imuniti, takut jugak, sbb tu bile tengok tv ngan anak2, depa komplen, mama ni tak kena sana, tak kena sini, rasa bertanggungjwp komplen supaya sekurang2nya sampai msg pd depa, tapi bab tak tengok tengok tv terus payah lah sbb mama pun tengok tv jugak ikut sesetengah program tu lah.