Tuesday, August 12, 2008

Cedok dr 1 forum:
-----------------
Anonymous
Kopi Radix
Wed Aug 13, 2008 8:17AM
58.26.136.5
Seorang Usahawan PAS yang telah berjaya

Bekas Ketua Pemuda PAS perlis En Ismail bini 3 orang....

Menaja dua sekolah agama PAS perlis Sek Ren Islam Padang Siding dan Sek Men Agama Jawi.

---------------

Kopi 'Radix' menang anugerah PM

Oleh SUWARNI MOKHTAR


ABDULLAH Ahmad Badawi menyampaikan anugerah Perdana Menteri kepada Ismail Ahmad selepas merasmikan MAHA 2008 di Pusat Taman Expo Pertanian, semalam.

SERDANG 12 Ogos - Tiada siapa menyangka industri pertanian berasaskan herba mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan.

Namun, syarikat HPA Industries Sdn. Bhd. berjaya membuktikan herba mampu menjana keuntungan apabila pada tahun 2007 nilai jualan produk keluaran syarikat itu mencecah RM63 juta.

Antara produk popular syarikat itu ialah Kopi Radix yang terkenal dengan ungkapan iklan 'Mai Secawan'.

Berikutan pencapaian tersebut, HPA telah dipilih untuk menerima Anugerah Perdana Menteri yang pertama kali diperkenalkan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK). Dengan kemenangan itu, HPA Industries membawa pulang hadiah wang wang tunai RM50,000, piala dan sijil.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad pada majlis perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2008 di sini hari ini.

Terdahulu, syarikat tersebut turut menerima Anugerah Pemasar Tani Jaya Peringkat Kebangsaan 2008. Bagi anugerah ini, HPA mendapat hadiah RM30,000, piala dan sijil.

Menurut Ismail, syarikatnya kini berusaha mewujudkan ladang roselle dan pegaga memandangkan hasil ladang sedia ada tidak dapat menampung permintaan.

''Kami masih terpaksa mengimport roselle dari Sudan dan pegaga dari Indonesia, jadi dengan adanya ladang roselle dan pegaga yang lebih besar ia akan membantu mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar,'' katanya.

Selain menetapkan sasaran keuntungan sebanyak RM100,000 pada tahun ini, Ismail menyatakan bidang pertanian dan industri asas tani telah terbukti mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan sekiranya diusahakan dengan betul.

HPA memiliki empat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar. Ia mempunyai kira-kira 400,000 ahli serta 21,000 usahawan di seluruh negara. HPA Industries juga mempunyai lima wakil di luar negara melalui aktiviti jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

-------
nak tambah sikit kpd berita di atas tu:-
bukan saja Ustaz Ismail taja 2 sek tu, banyak lagi tajaan/bantuan beliau dlm perjuangan Islam, terlalu banyak.

baru2 ni makan RFX (Radix Fried Chicken kat Sg Petani) walaupun terpaksa beratur agak panjang/lama, tapi puashati, makan tanpa waswas dan sedap juak, not bad. kalau aku ni kayo, bolehlah jadi francais RFC tapi apakan daya.. heheh.. kena ada paling kurang rm500 ribu utk pakage paling murah.

5 comments:

cen said...

wah wahh...mai la secawan kopi radix..

Anonymous said...

cen nak jadi no4 ust ismail terbuka lagi tu baru 3 heheh.. tapi tak sesuai la pulak, ropanya ust ismail tu muda lagi, dulu ingat ustaz2 ni tua jaaa ahaks.

lupakanje said...

waaaaaa....amek la no. tipon dia...hahahah...tk kuasa acikk..

Anonymous said...

Earlier I thought differently, thanks for an explanation.

Anonymous said...

[url=http://ebiteua.com/forum55-prostitutki-khersona-i-oblasti.html]Prostitutki KHersona[/url]