Tuesday, August 19, 2008

gambar2 buat kenangan.... dlm perjalanan...

baru2 ni kami sekeluarga ke upm kerana menghantar anak sulong aku yg nak jalani orientasi sbg persediaan buat medic di mesir, since cuti sek kami 1 keluarga pegi, dptlah anak2 berjln2 sambil menyelam minum air.

Sempat singgah ke Muktamar PAS di Stadium Ipoh dlm perjalanan. Ambil kesempatan bergambar masa abah pi ambek kereta kat parking, parking agak jauh sbb kereta banyak. Gambar barisan pemimpin atas pentas dpt ambil tapi terstlah kecik, aku dok jauh, nak jenguk2 pun aku takut nnti dikatakan kurang sopan, maklum majlis alim ulama ni, aku takut sgt, malah tudung aku yg bukan tudung labuh pun aku rasa sedikit out of place :( tapi takpa kakak aku kata isteri2 pemimpin tudung biasa2 je, yg tudung labuh tu muslimat hehe... tak sempat jumpa abg aku and family dia pasal depa dtg khamis dan balik sabtu. tengah nak masuk stadium terbetembung dgn kereta Ust Hashim Jasin, husband aku sempat salam.. dok perlih pun selalu jumpa ustaz, pi ipoh pun jumpa ustaz jugak.
masuk dlm stadium sekejap je sbb tak leh lama2 nnti affect perjalanan pulak, tapi sempat gak tunggu time Hj Mat Sabu lancar tabung palestin, huh kemas dia dgn baju melayu kelabu kebiru2an dgn sampin. dia dan isteri bg derma peribadi 5K, aku sempat jugak lontar ke dlm kotak kutipan masa nak turun anak tangga ayam tu, payah betul dgn anak kecik aku ni tak mau jln.

sebelum tu ada pengerusi majlis dok bgtau derma2 peribadi utk tujuan jihad parti rasanya (aku tak berapa koncentrate), tapi terdengar TGNA 'akujanji 15K', Ir Nizar MB perak 6K etc etc... Itulah parti Islam yang memperjuangan Islam secara ikhlas, nak rompak duit rakyat jauh sekali, bagi derma peribadi lagi.



Inilah tempat pendaftaran program orientasi tu... Faculti Perubatan dan Sains Kesihatan, pegi survey dulu ptg tu tempat daftar besok, sempat bergambar sbb tak dak org lagi, kalau ramai2 org malu lah pulak hehe.. bangunan baru dan sgt cantik, much better place than my place here.


quite excited to meet Pn Siti in person (whom I usually talked to over the phone only), orait, dia spt yg aku jangkakan, very nice and warm person, tak sempat nak sembang2 panjang pasal dia tersgtlah sibuk, seemed like everybody wants to talk to her, so takpa jgn ganggu keje dia, apa2 hal better ask her staffs.



lepas tu kami ambil kesempatan pergi MAHA, maklumlah teringin nak tengok pameran yg begitu besar... tempatnya tersgtlah luas aku rasa, tah lah aku tak tau sgt, tapi apa yg aku tau parking jauh bebnor... jln dan naik tram, syok tengok tram ni kreatif ye org yg reka, rasanya kepala dia trektor tarik badan besar dgn kerusi panjang, dpt angkut banyak org. dlm tram duduk bertentang dgn pelakon hairi othman.
di maha sempat singgah 1 bangunan je yg aku tak tau berapa banyak lagi bangunan dan tempat pameran, mungkin terlalu banyak.. tapi 1 tu pun dah cukup meletihkan, tak biasa jln jauh... sib baik tersinggah kat tempat pokok2 bunga, 1 tempat pun jadilah dah suka sgt, dpt pulak tengok orkid hehe..

nak beli tak payahlah, bukan jenis org yg konsisten jaga pokok, dulu dah biasa beli2 orkid, buang duit je orkid mati habuk pun tarak. begitu jugak gi cameron highland beli ros, sungai buluh pun beli ros, bertahanlah sekejap, lepas tu mati semua.

gerai2 jbt/agensi pertanian spt MPOB dan lain2 dah tutup sbb mlm, teringat tempat keje lama aku tu... kot2 ada org lama jaga gerai tapi gerai tutup, kalau buka pun mungkin banyak kpd aku tak kenal sorang pun but since porim has filled me with so much sweet memories, aku takkan lupa porim sampai bila2, malah jika ada berita pasal porim keluar tv pun aku akan rasa macam porim is part of me.. tapi org porim dah tak kenal pun, dan porim pun dah lama tukar nama.



the next day kami ke fakulti perubatan tu utk event utama tujuan perjalanan ini..
setelah habis sesi taklimat waris termasuk tips and advice from the experience doctor himself (yg mana benda2 yg dicakap tu rasanya 90% same with what I've been telling my daughter, cuma nak ikut tak ikut sajalah), bawa barang masuk asrama dan pastikan anak aku settle semua, pukul 7 mlm baru selesai urusan kat situ, ada dengar rungutan dr parents lain pasal pengurusan bilik yg tak kena, memang kelam kabut jugak, tapi aku tak kisah, 1st time agaknya ejen ini menjalankan tugas berat ini, kasi can lah but overall semuanya ok, alhamdulillah. parents baik2 dan anak2 mereka jugak baik2 rasanya dan mudah2an... mudah2an Allah permudahkan semua.

mlmnya selepas makan masing2 lepak kat bilik hotel je, aku ambil peluang call puteri to let here know about my visit there, sori puteri tak sempat nak keluar route, hanya ikut route penting je, mungkin lain kali insyaallah.

the next day, singgah tengok anak kejap kat tempat orientasi, sementara tunggu time lunch kami singgah ke pusat komputer upm nak jumpa kwn lama, sesat sampai ke ladang katanya, sib baik dekat je nak patah balik ke kawasan bangunan2 pej. dpt jumpa kejap, terima kasih sarah atas yr warm wellcome.

lepas jumpa anak kami head ke putrajaya, tak lain dan tak bukan nak jumpa sapa yer... heheh.. tentulah sahabatku cencorot the bornzer tu heheh... tapi selum tu kami singgah masjid besar tu nak jamak takdim, pelik... yg menjadi kehairanan aku, org melayu islam kita banyak yg pakai robe masjid tu, dulu dtg tak ada org islam pakai robe cuma mat2 saleh dan foreigner je.. kali ni lain mcm, aku tak pasti depa tu kena pakai ke atau pakai sendiri sbb rasa tak tutup aurat well enough? heran aku.

nak cari bhg parcel (aku ni ingat bungkusan hadiah je heheh) tak lah direct, 2,3 kali jugaklah pusing round about almaklum org dr planet lain heheh... tapi tak pe akhirnya sampai ke pej cen. terima kasih cen.. so very nice of you bawa tour istimewa tu.. maaf lah jika tak sempat berlama2.. dgn family cam tu le asyik kalut je, tu kira ok tu depa tunggu dlm kete, paling terkilan tak sempat bergambar pun dgn cen, dah lah kita susah nak jumpa, tu maknanya kita kena jumpa lagi tu heheh... kirim salam lah dgn iza, tlg minta maaf dgn dia sbb tak sempat nak berpoya2 ke luar route, maklumlah kita dok sebelah je.

pastu dah tak mau singgah mana2 lagi pasai takut sampai lambat ke rmh. tapi dlm lambat2 tu sempat pusing nak tengok keadaan di permatang pauh bila sampai seberang prai, tengok perang poster yg tak berapa meriah rasanya, mungkin sbb mlm kot mata aku kelabu. nnti hari mengundi hopefully dpt round ke sana lagi, insyaallah dgn pak mertua like last time in PRU12, tapi sbb bukan hari cuti susahlah sikit.

itulah catatan yg teringat dek kepala, tentu boring, tapi aku tulis je apa yg ada dlm kepala, mula2 nak tulis ringkas je jadi terpanjang pulak isk isk tu lah kalau kat luar jenis pok pek, dlm tulisan pun cam tu jugak.


gambar2 lain rajin betul anak2 aku nak snap sana snap sini, guna hp je tak bawa digicam yg dah outdated. bila kita tua atau nak mati, tentu gambar2 ni tak berguna dan tak ada makna (aku selalu dok pikir sorang2)... sbbnya aku ingat masa aku kecik2 dan remaja, gambar2 sgt aku hargai, kalau boleh nak jaga elok, tapi as times goes, kepentingan tu dah berubah, priorities in life dah berubah, ada benda lain yg lebih peting, aku rasalah (tah betul ke tidak lum 100% lagi but aku harap) yg lebih aku sayang ialah buku2 agama dan buku nota aku (kelas gama yg aku hadiri). patut lah dulu mak dan ayah aku bukan kisah nak bergambar apalagi nak simpan2 gambar...
bayangkan masa sakratul maut, apa pun tak diingini kecuali nak dpt menyebut kalimah Allah, masa tu hanya amalan yg telah dibuat masa hidup yg menjadi penyelamat, juga anak yg soleh dan sedekah yg mendatang pahala berterusan. sgt takut, sgt kerdil kita... beruntunglah mereka yg ada ilmu agama dan beramal dgnnya. takutnya aku yg tiada apa2 ini. Ya Allah berilah pertunjuk dan hidayah kpdku dan keluarga ku juga sahabat2ku.

4 comments:

Anonymous said...

dah selamat sampai. gold doakan moga segala baik dan berjalan dgn lancar untuk dila.

lupakanje said...

alahai kak teh....rogi la tk ada gambar kita sesama...tk hingat langsung...padahal kt meja ada simpan vid cam...tk perlah...itu bukan yang penting..yg penting kita jumpa...
malangnya kak teh mai da petang..cafetaria pun dah tutup..ku nk mkn minum, kat Alamanda..huhu..
since office hour..pyh pulak aciknk gi alamanda ssama...sbb nnti ada cctv kakitgn kajaan lepak kt alamanda masa office hour..hehe..
Keep in touch wif me...huwaa...2nd time pi pun kteh terjah je kan...tau2 call, dah nak balik...aper lahh..ni kener buat personal visit khas utk jumpa kteh kat sana nanti lah..haha..
btw, comei gamba..

sya said...

Dizz .. tahniah utk anak Dizz.. sya dok mencari link blog ni tak jumpa2 ntah mana sya letak. Nanti sya nak linkkan kat blog sya ok

dizz said...

salam semua,

gold,
tq tq.

lupakanje,
ha'a la cen tak ingat langsung nak ambek gambaq, tulah takdir tu.. dlm hati nak sgt bergamba tapi bulih lupa. bayangkan kita dok makan2 sembang2, boss kat pej dok tv lam CCTV... adoiiii.
ok cen apa2 nnti I update lain.

sya,
terima kasih sya, tapi malu pulak diz bukannya apa2 lagi anak diz tu, risau ni kot nnti dia pi main2n tak belaja betul2, lain cam anak sya exellence (dah bertolak ke Aiman ke Rusia tu?), anak diz ni biasa2 je.
sya tak link ke blog sya lagi baik sbb blog sya ramai peminat, diz ni low profile je, buat suka2 je, kalau rajin baru ada entry kalau malas berkurun tak ada, anyway tq for yr thought, cuma biarlah takde link ke tempat famous cam blog sya tu okey...?