Wednesday, January 7, 2009

hari ini dan semalam

ceh tajuk kan main tapi tak ada cerita pun... familiar tajuk tu kalau tak silap lagu j mizan yg evergreen tu (cen karoke lagu ni lah drp lagu ahmad jais tu hehe).

semalam ada kaunter bukak pendaftaran kredit card dekat pej ni, kerana tergoda dgn free gift (4 jenis barang dpt, beg beroda, sling beg, back pack dan payung), maka daftarlah jugak since diberitahu tiada apa2 yuran atau kos dlm masa setahun. lepas 6 bln baru boleh terminate kata salesman tu. semalam birthday tok guru yg aku selalu ikut kelas dia, tokguru yg seorang profesional + tok imam, tokimam ada phd.

hari ni pulak birthday aku, sama pulak dgn anak no8 tokguru tadi, ambil berkat tokguru tarikh sama dgn anak dia. walaupun aku tak kisah hal2 birthday ni tapi ada jugak yg menceriakan bila ianya diingati oleh org2 keliling, tengahmlm tadi - terima drp anak yg dok studi di mesir, awal pagi - buka mail dpt ucapan dr my buddy dr Qadiff UK, tengah2 buat keje - dpt sms dr tokguru tajwid (sebenarnya bkn tokguru pun sbb dia pompuan dan dia muda drp aku tapi syok panggei tokguru sbb respect), lepas dpt call dr kwn drp building 1 lagi ucap birthday.
alhamdulillah.. Allah bagi keceriaan dan kedamaian di sini. tapi dlm pada tu takut sbb umur makin pendek (yg tinggal) tapi amalan tak seberapa (takut saja tak guna kalau tak ada peningkatan), berapa lama lagikah masa yg tinggal?

ni hampir setahun yg lalu depan rmh aku (awal2 pagi masa baru nak cerah), sekarang ni di sini sbb pokok makin rimbun, org makin tua, dptkah kita mendidik hati menjadi lebih bertakwa?

3 comments:

lupekanje said...

hepi besday kak tehh...semoga Tuhan makbulkan semua yg dihajatkan, moga tambah iman dan ketakwaan, moga diberikan kesihatan, dijauhkan dari kesakitan dan kepayahan hidup, dipemurahkan rezeki, di jauhkan dari segala bala bencana. Aamin.

dizz said...

tq tq cen.. kita ni beza hampir 2 th lah kan.. kteh awal tahun sementara cen ujung th berikutnya.

tq so much for yr payer.. mudah2an cen cam tu jugak.

maicher said...

mulberry purse
mulberry purses
discount mulberry
chloe bag
chloe paddington