Monday, January 19, 2009

Palestine

Dah ada genjatan senjata tapi bersyarat dan sgt fragile.

Palestine terbahagi kpd 2, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Keluasan Tebing Barat ialah 5,607 km/segi manakala Gaza 370km/segi.

Kalau nak buat perbandingan secara kasar (kasar je tah betul ke tak, utk mudahkan sendiri paham) boleh kot kata Tbg Barat kurang sikit dr luas Neg Sembilan yg luasnya 6,646km/segi - manakala Gaza pulak besar sikit drp Wilayah Persekutuan yg berkeluasan 341km/segi (tu pun lepas Kuala Lumpur (243 km² ) + Labuan (98 km²)).

Israel pulak punyalah luas iaitu 20,700km/segi terbentang memanjang dari utara ke selatan memisahkan Tebing Barat dan Gaza yg seco-it tu.

Lihat peta, mau tak Gaza umpama penjara (even yg org putih dok sebut apatah... live prison?, lupa dah..) bilamana Israel dok bom dan kepung Gaza, semua arah darat adalah Israel, keliling Israel!!! Seronok Israel membedil, sasaran pun dekat sgt, dgn bantuan satelit cacing pun dpt jejak ahaks, itu upaya manusia, kuasa Allah Maha Berkuasa! Balik pd fizikal Gaza, cuma ada 1 ruang sempit yg menghubung ke Mesir, tu pun Mesir tutup sempadan. Belah 1 lagi semuanya laut Mediterranean, takkan nak expect saudara2 Islam kita tu terjun laut kot nak lari dari musuh.






Kesian sungguh pada mereka, hanya Allah saja tempat bergantung, bangsa Arab yg kayaraya dan berkuasa ada hati jenis apa tah...
Sesetengah non-muslim pulak yg rasa kesian kat Gazan... 1 negara American Latin tu, Perancis, sekurang2nya suara mereka lantang menunjukkan kebencian pd Israel.
Pemimpin Islam lain nak jaga hati amerika dan jaga kepentingan sendiri, manakala org2 Islam marhaen macam kita paling kuat pun berdoa, solat hajat dan derma, itu ja termampu. Tabik jugak kat Indonesian, bab demo depa lebih kedepan. Tapi takpa kata tokguru aku, mereka di sana lebih rela dan bersedia mati syahid.

Siapakah pengkhianat Islam dan nak kata geng bukan geng tapi yg sanggup kompromi dgn Zionis, biarkan mereka dgn ideologi sekular mereka.... di akhirat esok rasakan balasan Allah...
(mudah2an Allah mengasihi saudara2ku di bwh pentadbiran Hamas, memberikan kekuatan pada mereka meneruskan sisa2 hidup dgn segala kehilangan, keruntuhan dan kepayahan, mudah2an Hamas (Hizbullah jugak) sentiasa dalam pertolongan Allah, mudah bagi Israel minta maaf tapi pada yang cacat, hilang anggota keluarga dan segala macam sengsara, adakah semudah pemohonan maaf itu???).