Sunday, March 22, 2009

haiii banyak yg terjadi 2,3 hari ni......

macam bunyi tajuk tu, camtulah aku rasa, 2,3 hari yg hectic sbb my nephew kawin dan sibuk makan kenduri sebelah pengantin pompuan di perak, after one week kenduri sebelah rmh abg aku pulak.

masa time ni jumpa adik beradik. anak2 saudara pun jrg dpt jumpa kerana masing2 dgn tuntutan hidup masing2, tapi bila jumpa dptlah refresh mana yg patut. I'm the youngest in the family jadi nieces and nephews are closer to me sbb jarak umur yg tak jauh sgt.

dlm masa menyambut tetamu kenduri pihak kami sabtu yg lepas, ada 1 tetamu kwn sek rendah aku, huh... dia masih kenal aku tapi siapakah dia aku lupa... betul aku tak ingat siapa dia, tapi bila sebut nama, aku boleh relate dah dgn orgnya dan terbayang rupa kanak2 sek rendah dlm uniform pinafore zaman 70an.



(anak2 sekarang tak tau dah uniform ni, dan mereka rasa pelik dulu bdk pompuan dulu pakai cam ni).

rupanya kwn aku tu masih ingat kat aku, ya lah dia tetamu, dia tentu dah jangka sapa bakal dijumpa, aku ni pulak main teka dlm kesamaran.. dlm masa yg sama cuba tak tunjuk yg aku tak berapa ingat, last2 kwn aku tu tau kot aku tak berapa ingat sbb masa nak balik dia ada relate sikit dulu dia tinggal kat mana dan sekarang kat mana, sori lah 'S', selepas 'S' balik baru saya betul2 ingat, terima kasih atas persabahatan kita dulu mudah2an Allah memberkati dia dan keluarganya.

AKU NI SELALU ADA MASALAH NAK INGAT ORG, BANYAK INSIDEN DAH MACAM NI... ke aku ada masalah nak lupa2 ni, mintak dijauhkan Allah.

hal kenduri pulak, hmmmm nak kata apa tah.. kenduri rmh ustaz (walaupun tak buat kat rmh, buat kat dewan), tapi muziknya mengalahkan semua2 kenduri yg aku biasa hadir, bila gendang silat pulak bunyi, langsung tak dtp bercakap, nak cakap masing2 kena buat bahasa isyarat pulak, aduiii.... tapi apakan daya.
walaupun aku dok situ sampai tutup pintu dewan, 1 lagu/muzik apa pun aku tak ingat, suka dpt jumpa saudara mara yg sgt2 lama x jumpa.

(TERINGAT PESAN SORANG USTAZ, MAJLIS YG ADA MUZIK DAN PERGAULAN BEBAS LELAKI POMPUAN, JATUH KEWAJIPAN HADIR KENDURI TERSEBUT), tapi susahlah jugak nak mengubah tradisi.

bila dtg pej, sembang ngan member2, ketua tabligh punya rmh pun cam ni, jadi apa nak dikata yer... sekarang ni dah balik zaman sebelum 80an atau awal 80an, dgn bersanding nya, dgn muziknya, tanggung jwp siapakah nak menegur masyarakat???

kenduri jugak penuh dgn arab2 sbb my sister-inlaw yg arab ni mesti mengambil peluang menjemput gengnya.. takpalah kasi can... macam kita jugaklah dok negeri org, jumpa geng melayu, singaporian pun jadilah ;)

mudah2an bahagia dan berkat r/tangga anak menakan aku ni... keluarga mertua dia pun nampak ok, mak mertua dia yg aku panggil kak J je tergtlah warm, sempat hug2 masa rombongan bas sana nak balik, maaflah atas apa yg terkurang. Tersgtlah terima kasih pd pihak sana atas sambutan yg istimewa ketika kami di perak.

malas nak upload gambar lagi kalau rajin kemudian2.. penat tak terasa bila majlis lancar, sampai ptg tak sedar aku belum makan lagi, hal sebelum sampai tempat kenduri lagi memenatkan dgn beli tudung last minute yg tersgtlah mahal pd aku, beli bunga telur last minute dan boh dlm beg jugak pd saat2 kecemasan di dewan.. macam2lah... alhamdulillah semua dah selesai..

penat tapi seronok.

2 comments:

lupekanje said...

uiih..makan knduri nooo...citer la masa sekolah dulu..ke...dah luper...muahahah

dizz said...

laaa cen, masa sek rendah ka? tah tak berapa ingatlah.. mungkin sbb tak ada sgt kenangan manis sgt, yg kteh paling ingat cikgu2 je, cikgu2 sayang kat kita jadi kita pun sayang kat cikgu kan, cikgu fatimah be be yg sgt cantik (pas dia tukar sek lain pun dok hantar2 surat gak, dia ajar dr darjah 1 sampai darjah 3, kteh dpt banyak hadiah drp dia, purse, buku cerita, macam2 lah, buku kteh penuh dgn bintang, what a very motivated teacher, love her forever, then dia tukar balik bukit mertajam, mudah2an Allah memberkati dia), cikgu rahim (sayang cikgu dia mudah2an Allah mengasihani dia sebaimana dia mengasahi kami murid2nya, nnti nak baca quran sedekah kat dia), cikgu mahmud (naik vespa hisap paip) pun sgt2 baik, cikgu malik (adik kpd sharkawi jirim, suka baca majalah org putih). banyak cikgu2 yg sgt berjasa, makasih cikgu, banyak dah meninggal agaknya. tapi kawan2 kteh tak berapa rapatlah yg sek rendah, mungkin tak reti sgt berkwn lagi time tu. eh jadi terbanyak pulak cerita hehe

kalau cen nak dengar cerita banyak nnti tak terbaca hehe... good idea jugak, meh kita pakat2 tulis pengalaman sek kita.