Sunday, November 1, 2009

kat mana nak beli buku ni?

nnti lah aku pesan dgn sorang kwn aku yg kaki beli buku, nak suggest pd org lain baca buku, org mana tah.. sbb bukan ada pun org masuk sini hehe (senornya akupun lum baca buku ni lagi), bukannya minat pun nak baca tapi tersgtlah nak tau apa isinya dan nak simpan, nnti terserempak dgn sesetengah jenis org, boleh rujuk buku ni.

kalau yg baca tulisan ini, tlglah baca sampai bawah terutama sekali dialog2 sensasi yg di bawah sana tu yg dipetik dr buku ini. Lihat bagimana amanah disalagunakan sewenang-wenangnya.

=============
Buku setebal 170 muka surat itu kini berada di pasaran pada harga RM30 senaskhah.

dr akhbar BERNAMA
12 Oktober, 2009 22:13 PM

Buku Umno: Akhir Sebuah Impian Mencerminkan Muka Sebenar Umno

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Buku "Umno: Akhir Sebuah Impian" hasil karya bekas Menteri Penerangan Tan Sri Mohamed Rahmat mencerminkan muka sebenar Umno sejak zaman pemerintahan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman sehinggalah ke zaman pemerintahan Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata dalam buku itu, Mohamed yang berpengalaman hampir 50 tahun dalam dunia politik menceritakan pengalamannya bersama tokoh politik seangkatannya yang banyak berhadapan dengan pergolakan dan naik turun perjuangan dalam Umno sejak dahulu lagi.

"Beliau (Mohamed) juga membandingkan khidmatnya sebagai seorang bekas ahli Parlimen dengan ahli Parlimen atau Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri) yang ada sekarang.

"Jadi daripada pengalaman beliau ini kita lihat Umno telah melalui zaman demi zaman dan sudah sampai ke tahap di mana Umno itu perlu membuat perkiraan semula ke arah yang lebih kuat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku tersebut bersama Mohamed di Hotel Equatorial di sini, Isnin.

Rais berkata buku itu perlu dibaca dalam konteks perubahan dan anggota Umno terutama generasi muda perlu mengambil iktibar daripada beberapa peristiwa yang dilalui oleh Mohamed ketika zaman perjuangannya.

Buku itu juga, katanya mengajak pembaca berfikir sejenak tentang erti pengorbanan dan perjuangan seorang ahli politik yang sanggup berkorban untuk sesuatu yang dirasakan penting bagi menjayakan langkah membina sesuatu parti.

Rais juga berharap Perpustakaan Negara Malaysia akan membeli buku tersebut dan mengedarkannya ke perpustakaan desa seluruh negara supaya masyarakat desa juga dapat membacanya sejajar dengan kempen menggalakkan membaca di kalangan rakyat negara ini.

Sementara itu, Mohamed berkata buku itu meliputi beberapa peristiwa penting yang beliau terlibat secara langsung dalam proses perkembangan Umno serta masalah yang pernah dilalui oleh parti itu.

"Apa yang paling penting sekali yang saya utarakan dalam buku ini ialah Umno itu tidak salah, tetapi hanya orangnya yang salah. Orang kata rakyat telah membenci Umno... tidak, rakyat belum membenci Umno sepenuhnya," katanya.

Namun, katanya satu perkara yang membimbangkan ialah apabila ada di kalangan anggota parti sejak dahulu yang secara terus-terusan melancarkan kempen membenci pemimpin.

"Ini merupakan satu budaya yang tak baik dalam Umno dan pada hari ini orang mengatakan bahawa mereka telah benci Umno, jangan salahkan rakyat kerana kita telah mengamalkan budaya tak baik ini hampir 40 tahun lalu," katanya.

Beliau yang juga pernah memegang jawatan Setiausaha Agung Umno dari tahun 1988 hingga 1996, berkata tiada seorangpun pemimpin Umno yang terlepas daripada terkena tempias kempen membenci itu yang bertujuan menjatuhkan mereka.

Mohamed berkata selain perjuangan dalam parti Umno, buku beliau turut menyentuh konsep 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggap satu idea yang cukup baik.

"Sudah lama rakyat negara ini berpecah dan menjadi perkara yang serius dan kita harapkan konsep 1Malaysia ini membolehkan rakyat kita duduk bersama. Marilah kita berfikir sebagai rakyat Malaysia, berperasaan sebagai rakyat Malaysia dan bertindak sebagai rakyat Malaysia," katanya.

===========

ini komen dr harakah:

Agak menarik juga membelek buku Mohamed Rahmat, bekas Setiausaha Agung Umno, berjudul Umno: Akhir Sebuah Impian. Beliau yang dilihat rapat dengan Dr Mahathir Mohamad terutama ketika bekas Perdana Menteri itu menghadapi krisis keyakinan rakyat dan ahli-ahli Umno pada akhir 1980-an mempunyai tanggapan tersendiri terhadap bekas ketuanya itu.

Mohamed merakamkan bagaimana pada satu hari, dalam tahun 1999, beliau dipanggil ke pejabat Perdana Menteri. Dr Mahathir memberitahunya, "Mat, I nak gugurkan you." Beliau bertanya, "bila?" Jawab Mahathir, "sekarang juga".

Dua minggu kemudian, Mahathir memanggilnya dan meminta Mohamed menulis surat perletakan jawatan. "I dah sanggup berhenti, ada apa-apa ke untuk I?" kata Mohamad.

Seterusnya beliau mencatatkan: "Sebaliknya dengan angkuh dan sombong, dia (Mahathir) menjawab, "Nothing for you!" dan terus berlalu dari situ."

Beliau yang popular dengan panggilan Tok Mat menyifatkan tindakan Mahathir kepadanya seperti "sepah setelah habis madu".

Tulisnya lagi: "Saya sedar bahawa Dr Mahathir hanya perlukan kita apabila dia perlukan kita. Asalkan dia dapat apa yang dia mahu, masalah orang lain bukan masalahnya lagi."

Mohamed turut merakamkan pengalamannya sebagai Menteri Penerangan bersama Tun Hussein Onn ketika PM ketiga itu memanggilnya sekitar tahun 1977.

Dalam pertemuan empat mata, Hussein menyatakan: "I ada misi penting untuk you. I mahu tumbangkan kerajaan negeri PAS di Kelantan."

Mohamed mengakui dalam buku itu: "Untuk menjayakan kempen itu, saya telah menempatkan 300 pegawai dan kakitangan Bahagian Khas Kementerian Penerangan ... meyakinkan penduduk Kelantan bahawa masa untuk berubah sudah tiba."

Tok Mat juga mendedahkan bagaimana Kementerian Penerangan dipergunakan untuk meyakinkan kembali rakyat terhadap Umno, khususnya selepas parti itu diharamkan, termasuk melalui kempen Setia dan Semarak.

Begitu juga dengan usaha mengembangkan Umno di Sabah selepas Pairin Kitingan membawa PAS keluar BN: "Sebagaimana di Kelantan pada 1977, saya bawa 500 pegawai dan kakitangan Kementerian Penerangan untuk berkempen bagi pihak Umno ... mempengaruhi rakyat Malaysia di Sabah supaya menyokong Umno dan menolak PBS."

No comments: