Tuesday, January 4, 2011

tahun baru 2011

Tahun 2011 baru aja menampakkan dirinya, tahun baru bermakna umur makin naik, makin tua dan makin dekat nak masuk kubur, takutnya bila memikirkan hal ini.

Beberapa hari lepas aku sibuk dgn anak bongsu yang masuk darjah satu, mmm.. tahun ni kali terakhir aku menemankan anak darjah 1 ke sekolah, selepas ni tak ada lagi.. mungkin dtg ke sekolah sekali sekala utk sign report card atau kalau lebih ceria sikit utk terima hadiah apa2 jika anak aku berjaya dlm apa2.... dr anak sulung sampai anak ke6 ini, sek inilah sekolah anak2ku, rasa sayang pada sekolah ini... mudah2an terus berjaya.. begitu jugak tadika anak aku, mudah2an ianya terus berjaya juga.

Baru2 ini dlm bulan nov, sedih sbb last daya anak aku di tadika, kini kali terakhir pulak dtg ke blok darjah 1, cam mana pun kena lah terima hakikat aku dah tua, anak2 pun dah besar, kalau org lain anak bongsu pun dah besar panjang, rata2 kwn2 sebaya anak bongsu mereka dah darjah 5 atau 6, tapi aku masih anak masuk darjah 1.. tapi best jugak, nnti anak ni lah peneman di kala kakak2 dan abg2 sudah keluar rmh, bejalar atau bekerja di tempat lain, harapnya gitulah... ada anak bongsu yg kecik ni, betul2 mengiburkan hati, dialah tempat kita bermanja bukan saja dia bermanja dgn kita.

di sekolah pulak, tengok anak2 darjah satu, fuh satu perasaan cam mana tah.. tak tau nak cerita, semuanya nampak comel2nya.. muka semua bersih2, ceria, naif dan rasa sayang dekat semua. cikgu2 pulak sungguh sabar dan berpengalaman, baru aku sedar betapa besarnya (sebelum ni pun tau jasa cikgu cuma kali ni lebih terasa)  jasa cikgu yg mendidik anak2 yg baru nak mengenal dunia luar, betapa besar didikan cikgu yang menjadikan anak2 kita berdisiplin, berakhlak mulia dan org berguna. sayu pulak mengenang anak2 kecil ini... bersih, ceria, tenderly loved by all... mudah2an anak2 kita terselamat dari bala gejala sosial dan keruntuhan akhlak masakini, aminnnn...

* minat betul aku dgn blog maskancil, huh minat lah, pendek kata minat sgt2....

No comments: